Assalamualaikum ya Akhi dan Ukhti *cewahhh padahal tak pandai pun*
Selalu lupa nak cakap apa. Oh Alhamdulillah, syukur kepada Allah, saya sudah dapat lesen L saya untuk B2 dan D. Alhamdulillah, saya pun dah berani sikit untuk redah presint 8 naik motor. *malu sebenarnya nk turun p8 ni*
Okay, cakap pasal lesen ni, mesti ada orang tertanya-tanya kenapa cik Faatihah ni nak amik motor, padahal kereta kan ada? Begini sebenarnya, saya lebih suka naik motor sebenarnya sebab kereta besar sangat, tak mahir lagi bawa manual atau auto, tiada keberanian untuk menekan minyak (takut langgar orang atau benda) dan masih tiada keyakinan untuk membawa kereta kalau dah ada lesen pun. Jadi motor ni alternatif selain kereta. Walaupun orang cakap, 'Ala motor je, buat apa nk amik lesen and bla bla..' tetapi, di Putrajaya lebih-lebih lagi area kawasan perumahan saya, ada banyak polis buat rondaan. Daripada menyusahkan ayah saya disaman, baik amik lesen kan? Senang sikit nak beli bawang, surat khabar, makanan and bla bla. Duit minyak pun dalam 4 ringgit je. Hihihi. Memang pada awalnya saya TAK NAK AMIK LESEN pun, tetapi parents cakap keperluan. Jadi kalau ada org nampak saya naik motor, janganlah pandang pelik pula ya.
Dah alang-alang naik motor ni kan, saya perasan, ramai wanita di luar sana, bila naik motor pakai baju kurung atau kain je, terangkat pulak kainnya dan terlihatlah perhiasan emasnya. Alaaa tak mahu la begitu. Pakai seluar eh kat dalam? Pastu pakai stoking tau tau. Saya pun ride motor pakai skirt labuh, baju kurung dan kain. Tapi pakai seluar. Jadi mata-mata yg didorong nafsu dan syaitan untuk melihat pun terhalang, Insya Allah, Anda mampu mengubahnya. Aamiin. :)
p/s: weng weng tu bahasa rekaan untuk rempit *ceh sikit pun tak rempit, pakai helmet, bawa tak lebih 50km/h*
Assalamualaikum :D
alololoo faatihah! awak sangat adorable dalam gambar atai tuhh. siyes! hee^^
ReplyDeleteAdorable? O.o ehhh memalukan la :( Tak nak dah jumpa Atai.. Suka hati je amik gambar org.
Delete