Thursday, March 14, 2013

Bila hati berbicara

/Assalamualaikum semua. Dah lama tak menulis. Maaf hari ni sesi sedih tapi harap ada sinar rahmat di setiap kata-kata ini. Maaf juga kepada sesiapa yg membaca kerana setiap penulisan ini tiada menyunting ayat-ayat Quran mahupun Hadis kerana saya hanya insan yg jahil. Bahkan setiap penulisan ini berdasarkan kata-kata hati seorang remaja yg masih tercari-cari erti sebuah bahagia.

Bila kita cakap soal bahagia, apa yg dimaksudkan bahagia sebenarnya? Kalau saya tanya awak semua, apa bahagia pd awak? Bahagia sebab dapat straight A's upsr pmr spm? Duit selalu masuk tak pernah pokai? Atau ada keluarga yg memahami mahupun bf/gf yg ada 24hours? Ada sesiapa yg sudi kongsi dengan saya? kalau ada, dialu-alukan.

Apa yg saya nak cakap ni, sebenarnya dah lama sangat pendam. Tak tahula sama ada wajar dipendam atau diluahkan dgn cara yg betul. Jadi hari ini saya hanya membiarkan jari jemari ini menulis mengikut naluri hati. Sekarang ni getaran mendapat result spm makin hampir. Saya pun takut tapi hati ini dah pasrah dah. Bukan yakin berjaya cuma saya sendiri tiada panduan ke mana arah saya selepas ini. Bila bercakap mengenai result, saya masih ingat akan setiap rakan yg bertanya, 'Macam mana kau belajar? Macam mana kau dapat result straight A trial? and macam2 sewaktu dgnnya. Ya Allah, saya hanya berani katakan, saya belajar mcm org lain, tidur melebih waktu belajar pd mlm hari, sempat lagi membuat cerita drama Melayu mengikut skrip sendiri dan saya masih sempat bermain-main di saat genting peperiksaan. Apa yg nak saya rungkai di sini ialah, saya tak bahagia pun apabila dapat keputusan sebegitu rupa. Bukan tak bersyukur tetapi harta dunia ini tidak dapat meredakan hati ini, tidak dapat menenangkan arus gelombang ombak kesedihan yg terpendam dalam hati ini. Setiap kesunyian, kekecewaan, dan keyakinan diri yg terlampau rendah ini menghakis setiap kejayaan atau kebahagian sementara yg ada di dunia ini.

Saya tanya awal, kalau dapat straight As, awak dapat belajar course hebat, bekerja dengan jawatan yg gah, berjaya dengan harta menggunung tetapi apakah awak masih bahagia? Saya tak pernah kenal erti bahagia melainkan di saat saya sujud, menangis kerana di dalam dada ini terlalu berat rasanya yg tidak tertanggung, Allah itu ada dan paling indah, He is listening... Ya Allah. Indahnya saat itu. Awak tahu tak, saya ada masalah diri yg besar. Setiap kali saya tengok org post benda2 baik, say something good and beneficial, I feel worse and I can even crying because I can never do the same. Siapalah saya nak memberi ilmu kepada manusia sedangkan ilmu pun tiada? Jadi, apalah sangat harta dunia berbanding kasih sayang Allah yg tiada penghujung? Ini yg saya maksudkan kenapa saya rasa teruk. Saya tahu Allah sayangkan hamba-Nya yg menyebarkan kebaikan dan menegakkan agama-Nya. I'm longing for His love while I'm keep doing mistakes and sins. Apalah sangat bahagia dunia ini wahai sahabat. Saya sendiri tidak sempurna. Sering lalai dan alpa. Maafkan saya sekiranya penulisan ini membuat anda rasa terhina atau tertanya apakah pantas buat saya menulis sedemekian rupa kerana inilah penulisan yg terbit daripada sekeping hati.

Buat sahabat handai, saya mungkin nampak sombong atau kurangnya berkomunikasi, tetapi saya tidak tahu di mana hendak saya menyelit bersama, di mana hendak saya berkata-kata kerana saya rasa saya tak lebih daripada seorg sahabat yg tidak membawa apa-apa kebaikan kpd sesiapa. Saya hanya hidup dalam kesedihan yg direka oleh imaginasi tetapi kerana imaginasi inilah membuatkan saya tidak rela melihat orang lain merelakan kesedihan menyaluti hidup mereka.

Maaf buat semua. Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment